City dan United dibezakan hanya dengan satu jaringan! - SBC

Latest

About

BANNER 728X90

Saturday, 30 September 2017

City dan United dibezakan hanya dengan satu jaringan!


CITY DAN UNITED DIPISAHKAN OLEH 1 GOL SELEPAS 7 PERLAWANAN.

Selepas 7 perlawanan yang diharungi oleh kedua-dua Manchester ini,kedudukan mata mereka terikat cuma dibezakan kelebihan 1 gol City.Man utd dilihat mengekori rapat City dalam menjarakkan mata dengan pasukan lain.

City telah membuktikan kualiti mereka dalam mengharungi 7 perlawanan dimana 2 daripadanya mereka telah lulus ujian ketika bertemu kelab Big 6.Hanya Everton yang merencatkan rekod bersih mereka.

Taktikal Pep Guardiola dilihat semakin berjaya diserasikan dengan para pemain City disamping kualiti keseluruhan barisan pemain yang boleh di label bertaraf bintang.Gaya serangan City ternyata mimpi ngeri buat pertahanan lawan dengan variasi kreativiti oleh De Bruyne,Sterling dan Silva.

United pula tampil dengan aksi lebih meyakinkan musim ini dengan berjaya untuk tidak membuang mata apabila berdepan pasukan pertengahan namun aksi mereka belum benar-benar teruji kerana belum berdepan dengan pasukan Big 6.

Rangkaian serangan United juga mempunyai keupayaan mereka sendiri biarpun ramai penganalisis masih tidak yakin dengan keupayaan mereka kerana adakalanya sedikit struggle untuk mencari gol.

Aksi EPL bakal berehat untuk perlawanan antarabangsa dan apabila bersambung,United bakal diuji oleh Liverpool dan juga Spurs untuk untuk aksi bulan Oktober,dan ia bakal memperlihatkan sejauhmana kekuatan mereka.

Perjalanan masih panjang untuk big 6 dalam menentukan kejuaraan dan pasukan yang kerap melakukan kesilapan bakal keciciran.

Mampukah JM dan pasukan Big 6 lain menghalang kemaraan City untuk kejuaraan EPL musim ini???

Kredit to EPL fantasy fans

•PG•

No comments:

Post a comment