Insiden Neymar & Cavani juga pernah berlaku di City! - SBC

Latest

About

BANNER 728X90

Sunday, 24 September 2017

Insiden Neymar & Cavani juga pernah berlaku di City!



Sudah 2 minggu merebut untuk mengambil penalti menjadi perbualan hangat diseluruh dunia. 

Tahukah anda pasukan Manchester City juga pernah menghadapi situasi yang sama? Pada perlawanan EPL GW31 2011/12, City menerima kunjungan Sunderland. 

Pada minit ke - 61' Kolarov dijatuhkan diluar kotak penalti lalu dihadiahkan sepakan percuma, ketika ini City ketinggalan 1 - 3. Disaat Kolarov bersedia mengambil sepakan percuma itu, Balotelli merebut ingin mengambil tendangan percuma itu, namun Kolarov enggan memberinya, keadaan menjadi tegang sebelum Kompany dan Nigel De Jong meleraikan perbalahan tersebut. 

Sepakan yang diambil Kolarov itu gagal menembusi gawang Sunderland, sebelum sepakan percuma minit ke-61', dua sepakan percuma gagal disudahi oleh Kolarov mungkin sebab itulah Balotelli hilang kesabaran dan merebut untuk mengambil sepakan percuma ke-3 itu. Perlawanan tamat dengan 3 - 3 hasil jaringan penyamaan oleh Ballotelli & Kolarov.

No comments:

Post a comment